Perak layak ke pusingan suku akhir Liga Piala Presiden setelah mengalahkan Pulau Pinang 2 – 0 di Padang Terbuka USM, Pulau Pinang semalam.
Perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir Perak dalam kumpulan A dan sekaligus meletakkan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu di tangga ketiga liga dengan mengumpul 39 mata.
Gol kemenangan Perak itu dijaringkan oleh Mohd Nasir Baharuddin dan Mohd Hafiz Ramdan.
Kelantan dan Sabah masih mendahului pasukan lain dalam kumpulan A dengan mengumpul 43 dan 40 mata.
Hanya empat pasukan terbaik dalam kumpulan A dan B akan terpilih beraksi dalam pusingan suku akhir.
Penolong Pengurus, Zainal Rashid Anuar bersyukur Perak layak ke pusingan suku akhir setelah melalui pelbagai pahit getir dalam 20 perlawanan lalu.
Kerja keras jurulatih dan para pemain memang berbaloi apabila mereka layak ke pusingan seterusnya,” tambah Zainal.
Beliau berharap para pemain akan tingkatkan prestasi masing-masing supaya mampu memberi cabaran sengit kelak.
“Pasukan-pasukan yang layak ke pusingan suku akhir itu memang handal dan para pemain perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk
berdepan dengan mereka,” jelasnya.
Penolong Pengurus itu berkata, jurulatih dan para pemain hanya mempunyai masa 21 hari bagi memperbaiki setiap kelemahan pasukan berkenaan.
Pusingan suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati bermula pada 23 Jun akan datang.
“Kita tidak tahu pasukan manakh dari kumpulan B yang akan menjadi pencabar Perak kelak,” tambahnya.
Sumber: www.peraknews.com 30 Mei 2011