Monday 18 July 2011

Tiada calon layak galas tugas Khairul

Oleh Azizan Hashim
          
NAIB Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairuddin Ahmad dan beberapa ahli majlis persatuan tidak bersetuju dengan tindakan Khairul Azwan Harun meletak jawatan sebagai pengurus skuad bola sepak Seladang.

Sebaliknya Khairuddin berpendapat tiada calon lebih layak melainkan Khairul Azwan untuk menggalas tugas pengurus pasukan menjelang kempen Piala Malaysia, awal September nanti.

Justeru, Khairuddin bertekad memainkan peranan utama mendesak jawatankuasa pengurusan Pafa menolak peletakan jawatan Khairul Azwan yang dilakukan sehari selepas tamat saingan Liga Super pada 6 Julai lalu.

“Siapa lagi paling sesuai untuk meneruskan tugasan selaku pengurus jika bukan Azwan. Secara peribadi saya tidak menyokong tindakannya itu.

“Jika dia berasa tercabar selepas gagal menggapai matlamat dalam liga Super, Khairul Azwan boleh menebusnya dengan memastikan pencapaian memberangsangkan anak buahnya di Piala Malaysia,” kata orang paling lama dalam Pafa itu.

Turut menyatakan pendirian sama ialah Naib Presiden 2, Mohd Nizar Zakaria walaupun menghormati prinsip bendahari Pafa itu.

“Dia mempunyai prinsip. Saya menghormati keputusannya itu. Namun demi pasukan dan negeri Perak saya rasa perlu ada pengorbanan,” katanya selepas menutup bengkel Pembangunan Bola Sepak Pafa di Ipoh semalam.

Jawatan pengurus pasukan Kejor Yob Kejor kosong selepas Khairul Azwan meletak jawatan sebagai memenuhi janjinya untuk mengosongkan jawatan sekiranya Seladang gagal berada dalam kelompok lima pasukan terbaik liga elit itu.

Perak yang dikendalikan oleh Norizan Bakar menamatkan cabaran dalam liga 14 pasukan yang dijuarai Kelantan itu ditangga keeenam.

Dalam perkembangan lain, Perak akan menguii lapan pemain hari ini dalam usaha memantapkan pasukan khususnya di bahagian serangan dan tengah untuk kempen Piala Malaysia, musim ini.

Namun identiti pemain terbabit tidak diketahui kecuali mereka didatangkan dari beberapa pasukan tidak terbabit dalam piala berprestij itu yang akan ‘dipinjam’ Pafa.

Seladang menghadapi masalah ketumpulan jentera serangan yang menyaksikan pasukan itu terlalu bergantung kepada ayam tambatan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Sumber: Harian Metro 18 Julai 2011

Perak uji lapan pemain luar untuk Piala Malaysia 2011

Perak perlu pertingkatkan ketajaman serangannya bagi menghadapi cabaran sengit dalam perlawanan Piala Malaysia pada bulan September akan datang.

Sehubungan dengan itu, Perak akan menguji lapan pemain negeri lain di Stadium Perak, Ipoh pada hari Isnin ini dalam usaha perkemaskan serangannya.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa tiga daripada lapan pemain yang terpilih itu akan diserapkan dalam skuad Seladang.

Lapan pemain yang dipanggil menjalani ujian itu merupakan pemain penyerang, attacking midfielder dan sayap yang mana amat diperlukan oleh Perak.

“ Perak tidak menghadapi masalah di bahagian pertahanan dan tengah kerana barisan pemain yang sedia ada ternyata berwibawa,” tambahnya.

Beliau memberitahu bahawa kelapan-lapan pemain berkenaan adalah dari pasukan yang gagal beraksi dalam persaingan Piala Malaysia akan datang.

“ Ketiga-tiga pemain yang terpilih itu akan dipinjam oleh Perak sehingga tamat persaingan Piala Malaysia,” jelas Zainol Fadzi.

Katanya, ujian berkenaan akan dikendalikan oleh jurulatih, Norizan Bakar dan beberapa pegawai Pafa yang lain.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu berdepan masalah ketumpulan serangan pada akhir Liga Super yang lalu setelah ketiadaan penyerang berwibawa.

Perak kehilangan dua penyerang utamanya apabila kontrak Razali Umar Kandasamy ditamatkan pada 1 Jun lalu kerana masalah disiplin.

Selepas itu, penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terpaksa berehat panjang apabila bahunya dibedah.

Sumber: www.peraknews.com 18 Julai 2011

Thursday 14 July 2011

KPBP rayu Khairul tarik balik surat letak jawatan

Oleh Azizan Hashim

KELAB Peminat Bola Sepak Perak (KPBP) merayu kepada Khairul Azwan Harun supaya menarik balik keputusannya meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad Seladang.
Presiden, Abdul Jamil Othman membuat gesaan itu kerana bimbang tindakan Khairul Azwan melepaskan jawatan itu berikutan kegagalan Perak muncul antara lima pasukan teratas saingan Liga Super lalu akan menjejas pasukan dalam kempen Piala Malaysia bermula September ini.

“KPBP merayu Khairul Azwan supaya meneruskan tugasnya sebagai pengurus pasukan. Ketiadaannya mungkin menyebabkan Perak terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda.
“Segala yang berlaku bukan kesalahannya. Malah beliau sudah melakukan segala yang terdaya untuk memastikan kebajikan pemain terjaga. Cuma malangnya kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan. Sebenarnya tiada siapa yang menyalahkannya,” katanya.

Walaupun faham tindakan Khairul Azwan itu dibuat sebagai memenuhi janjinya, Jamil berkata, kepentingan pasukan juga perlu diambil kira agar Seladang mampu bangkit dalam piala yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu.

“Piala Malaysia adalah segala-galanya. KPBP berharap pasukan Perak mampu mencapai kejayaan memberangsangkan dalam piala itu nanti,” katanya.
Jamil berkata kehadiran Khairul perlu agar dapat meneruskan kesinambungan pasukan Kejor Yob Kejor seperti di pusingan pertama Liga Super lalu apabila mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah.

“Suasana keghairahan ketika itu cukup dirasakan. Stadium mulai dipenuhi penonton semula. Bagaimanapun pemain gagal mempertahankan momentum kehebatan di pusingan kedua berikutan jadual padat yang menjejaskan prestasi skuad Seladang,” katanya.

Sumber: Harian Metro 14 Julai 2011

Monday 11 July 2011

Pertahanan Perak Mendapat Perhatian Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia

Pertahanan muda Perak, Mohd Syazwan Mohd Roslan mendapat perhatian jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee untuk diuji bagi diserapkan dalam skuad Olimpik negara.

Mohd Syazwan sering digandingkan bersama-sama Khairi Zainuddin dan Mohd Hisyamudin Shaari bagi mempertahankan gawang Seladang dalam persaingan Liga Super.

Pertahanan muda itu bersama-sama sepuluh pemain dari negeri lain akan menjalani ujian bersama-sama skuad Olimpik di Wisma FAM, Kelana Jaya, mulai hari ini.

Pemain-pemain lain yang turut menjalani ujian adalah Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan), Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mohd Syazwan Zainon, Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Mohd Azrif Nasrulhaq, Mohd Khairul Akhyar (PKNS).

Kim Swee akan menguji sebelas pemain baru itu bersama-sama 18 pemain skuad Olimpik lain bagi mendapat barisan terbaik negara untuk berdepan kelab Perdana Inggeris ( EPL ) , Chelsea dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai ini.

Jurulatih skuad Olimpik itu berkata, mana-mana antara sebelas pemain yang diuji itu berjaya melepasi ujian berkenaan akan diserapkan ke dalam skuad Harimau Muda A iaitu skuad Olimpik negara.

Dalam perlawanan kelayakan pusingan Olimpik zon Asia, Malaysia berjaya mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama.

Selepas itu,skuad bimbingan Kim Swee itu telah menyingkirkan Lubnan dengan agregat 2-1 pada pusingan kedua.

Sehubungan dengan itu, Malaysia telah muncul antara kelompok 12 pasukan terbaik Asia dan diundi dalam kumpulan C bersama-sama Syria, Bahrain dan Jepun bagi pusingan ketiga.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak ( KPBP ), Abd Jamil Othman mengucapkan tahniah kepada Syazwan kerana dipanggil menjalani ujian bersama-sama skuad Olimpik.

Beliau berharap Syazwan dapat melakukan yang terbaik semasa bersama-sama skuad Olimpik untuk menaikkan mutu bola sepak negara dan Perak.

Sumber: www.peraknews.com 11 Julai 2011

Perak intai pemain perkuat cabaran dalam Piala Malaysia

IPOH - Perak sedang mengenal pasti beberapa pemain dari beberapa pasukan dalam usaha memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi kempen Piala Malaysia, yang bermula September depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pemain terbabit diperlukan untuk memantapkan pasukan Seladang bagi musim ini.

"Kita masih mengenal pasti pemain dan perbincangan akan diadakan untuk membolehkan mereka bermain dengan skuad perak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Perak mengakhiri saingan Liga Super 2011 di tangga ke enam setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor di Stadium Perak, Rabu lalu.

Keputusan itu menempatkan Perak pada tangga keenam Liga Super dengan mencatat 10 kemenangan, 10 seri dan tewas enam kali.

Keputusan tersebut juga menyaksikan pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun meletakkan jawatan apabila Perak gagal menepati matlamat untuk muncul antara lima pasukan terbaik sebagaimana yang disasarkan pada awal musim.

Pada musim lalu, skuad Seladang berada pada tangga ke 11 liga daripada 14 pasukan.

Sumber: Utusan Malaysia 11 Julai 2011

Persiapan Piala Malaysia : Perak Akan Pinjam Pemain Pasukan Lain

Perak terpaksa meminjam beberapa pemain dari pasukan lain bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijangka bermula pada bulan September akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pinjaman pemain-pemain tersebut perlu dilakukan untuk memperkuatkan skuad Seladang

Katanya, PAFA sudah mengenalpasti pemain-pemain daripada beberapa pasukan dan perbincangan lanjut akan diadakan kelak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak tidak menamakan pemain dan pasukan yang sedang diintai oleh skuad Seladang.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu terpaksa meminjam pemain dari pasukan lain bagi menyelesaikan masalah barisan serangan.

Ketiadaan penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Razali Umar Kandasamy menyebabkan barisan serangan agak tumpul pada penghujung musim.

Perak tidak dapat menggunakan khidmat Akmal Rizal kerana penyerang tersebut terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan bahu baru-baru ini.

Penamatan kontrak Razali Umar pada 1 Jun lalu kerana masalah disiplin turut memberi kesan kepada barisan serangan Perak.

Oleh itu, Muhammad Shafiq Jamal dan beberapa pemain muda dari skuad Liga Presiden terpaksa menerajui serangan Perak.

Penyerang berbakat, Mohd Syazwan Mohd Roslan dan Mohd Shazuan Ashraf Mathews antara penyerang muda yang sering digandingkan dengan Shafiq.

“Walaupun mereka masih muda dan kurang berpengalaman tetapi persembahan yang dipamerkan agak memberangsangkan,” jelas Zainol.

” Kadang-kadang mereka gagal menggunakan peluang terbaik bagi menjaringkan gol,” tambah Zainol merujuk beberapa peluang terbaik yang gagal dijaringkan oleh penyerang muda itu seamasa berdepan Selangor di Ipoh, Rabu lalu.

Oleh itu, katanya, Perak terpaksa meminjam pemain dari pasukan lain bagi menyelesaikan masalah ketumpulan barisan serangan.

Sumber: www.peraknews.com 9 Julai 2011

Saturday 9 July 2011

Perak manager honours promise

By P. Chandra Sagaran 

PERAK Super League team manager Khairul Azwan Harun has kept to his word that he would quit if the team failed to finish among the top five in the 2011 league.
He made the announcement after the silver state drew 0-0 with Selangor in their last match at home to finish sixth in the table on Wednesday.

"I take responsibility for the failure of the team ... thank God I guided the team to sixth spot but it was still off the target of finishing fifth," he said in a statement.

Perak collected 40 points from 10 wins and 10 draws. 

The post will be temporarily taken over by assistant team manager Ahmad Shahrul Azhar to prepare Perak for the Malaysia Cup which starts in September.

Khairul Azwan, who is also the Perak FA treasurer, said: "Although I am not the team manager anymore, I will still be involved in the financial management and also the development of football in the state."

Perak are looking for several new players to be recruited on loan to strengthen the team for the Malaysia Cup.

Sumber: NewStraitsTime 9 Julai 2011