Friday, 27 May 2011

Liga Super : Tenaga Razali Umar Kandasamy Tidak Diperlukan

Perak mampu mengutip mata penuh dalam pertemuan Liga Super dengan T-Team, Terengganu di Stadium Perak, Ipoh Sabtu ini walaupun tanpa kelibat penyerang kontravesi, Razali Umar Kandasamy.

Sehubungan dengan itu, Razali hampir pasti diketepikan daripada skuad Seladang dalam empat perlawanan terakhir Perak termasuk berdepan dengan T-Team.

Selain menentang T-Team, Perak akan berdepan Johor FC ( 6 Jun ), Kelantan ( 14 Jun ) dan Selangor ( 6 Julai ) dalam tiga perlawanan terakhirnya.

Berita kehilangan Razali kembali menjadi buah mulut para penyokong setelah penyerang kontrovesi itu hilang bagi kali ketiga.

Razali dikatakan tidak menghadiri latihan harian yang dikendalikan oleh Norizan Bakar tanpa sebarang berita selepas pertemuan Perak dengan Pahang di Ipoh pada 6 Mei lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ketiadaan Razali tidak menjejaskan harapan Perak untuk kekal di tangga keempat liga.

Beliau berkata, pemain-pemain lain mampu mengisi kekosongan Razali yang mana strategi Perak tetap mantap.

Beliau mengimbas kembali kemenangan Perak ke atas Felda United dan Perlis tanpa kehadiran Razali minggu lalu.

Hasil kemenangan kedua-dua perlawanan itu, Perak kekal di tangga keempat liga dengan mengumpul 35 mata.

Oleh itu katanya, Perak tidak berasa gentar untuk berdepan T-Team walaupun Razali terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Sumber: www.peraknews.com 27 Mei 2011

0 comments:

Post a Comment