Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Perlawanan Liga Super Perak Khamis Ini Di Stadium TLDM, Lumut

IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Sabah pada Khamis ini akan berlangsung di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut kerana Stadium Perak di sini akan digunakan untuk kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata perlawanan di Lumut akan bermula 4.45 petang.

Beliau berkata untuk kemudahan peminat dan penyokong pasukan Seladang, tiket perlawanan akan dijual lebih awal iaitu pada Selasa ini di Stadium Perak.

Tiket akan dijual di kaunter utama Stadium Perak antara 12 tengah hari dan 2 petang Selasa ini serta di Stadium TLDM pada hari perlawanan, katanya.

Beliau berkata jualan awal itu bertujuan memudahkan penyokong yang terpaksa membuat perjalanan ke Lumut, yang terletak lebih 100 kilometer dari sini. -- BERNAMA

Sumber: BERNAMA 15 Mei 2011

Thursday, 5 May 2011

Pafa sangkal pemain terlibat judi

Pafa Sangkal Skuad Seladang Diresapi Bookie (BERNAMA)

IPOH, 4 Mei (Bernama) -- PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Zainol Padzi Paharuddin semalam menyangkal dakwaan gejala menjual permainan kembali meresap ke dalam kancah bola sepak negara dan menjadi punca kemerosotan skuad Seladang.

Beliau berkata pasukan bola sepak Perak tidak menghadapi gejala “bookie” dan dakwaan berkenaan itu dipercayai lebih berupa provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Mereka menggunakan kekalahan pasukan ini yang berturut-turut dengan mengaitkannya dengan judi. Pafa tidak pernah mengabaikan kebajikan pemain-pemainnya sehingga membuat mereka menerima pengaruh bookie.

“Malah isu penangguhan gaji juga tidak pernah wujud dalam pengurusan Pafa sejak ianya diambil alih pengurusan baru,” katanya.

Zainol Padzi berkata Pafa bagaimanapun tidak akan teragak–agak mengambil tindakan tegas jika terbukti benar kegiatan bookie sudah menular ke dalam pasukan bola sepak Liga Super Perak.

Beliau berharap provokasi berkenaan tidak akan menjatuhkan semangat pemain sekali gus mengganggu konsentrasi mereka.

“Bagi saya, isu ini hanyalah usikan nakal sebilangan kecil penonton yang mempunyai niat provokasi terhadap pasukan Perak.

“Saya berharap penyokong dan peminat jangan mendengar dan percaya tuduhan liar ini supaya dapat menjaga perasaan pemain Perak kerana ini akan mempengaruhi prestasi pasukan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 5 Mei 2011 & BERNAMA 4 Mei 2011

Wednesday, 4 May 2011

Perak FA Deny Bookies Responsible For Poor Performance

IPOH, May 4 (Bernama) -- Perak FA president Datuk Zainol Padzi Paharuddin Wednesday denied allegations Perak's poor performance was a result of players 'fixing' matches due to the involvement of bookies.

Zainol said the Perak team was not involved in any match-fixing but rather such rumours were believed to have been spread as a form of provocation by some irresponsible people.

"They have associated Perak's consecutive losses to match-fixing...the Perak FA has always looked into the welfare of the players. There are also no issues on salary since the new management took over, so there is no reason for players to turn to bookies," he told reporters Wednesday.

Zainol said if proven that there are elements of bookies' involvement, Perak FA would not hesitate to take action against anyone associated.

"To me this is only an effort by some to provoke the Perak team...I hope the fans will not believe such rumours," he said.

Sumber: BERNAMA 4 Mei 2010