Wednesday, 18 May 2011

Liga Super: Kedudukan Perak Dalam Lima Pasukan Terbaik Semakin Dicabar

Perak perlu mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Sabah agar hasrat skuad Seladang berada dalam kelompok lima pasukan terbaik tercapai.

Skuad Seladang itu akan berdepan Sabah di Stadium TLDM, Lumut pada hari Khamis jam 4.45 petang.

Perlawanan itu sepatutnya dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh jam 8.45 malam pada tarikh yang sama tetapi ditukar ke Lumut kerana penggunaan stadium oleh Jabatan Pelajaran Perak.

Jabatan Pelajaran Perak rancak melakukan persiapan terakhir bagi mengelolakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-53 mulai 20 Mei.

Sebelum ini, Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, Perak meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik pada penghujung liga.

Oleh itu, para pemain Perak perlu mengutip sebanyak mungkin mata daripada tujuh perlawanan yang masih berbaki agar hasrat Pengurus Pasukan tercapai.

Kini, Perak berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 28 mata.

Walaupun Kedah mengutip 28 mata tetapi skuad Hijau Kuning itu berada di tangga kelima kerana perbezaan gol dengan skuad Seladang.

Selain itu, Felda United FC yang sudah mengumpul 25 mata mampu memberi saingan kepada Perak dalam perebutan kedudukan terbaik.

Para penyokong Perak masih tertanya-tanya samada penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Razali Umar Kandasamy boleh diturunkan semula.

Sebelum ini, barisan serangan Perak tumpul apabila kedua-dua penyerang itu direhatkan akibat kecederaan.

Mohd Shafiq Jamal dan Wan Hossen Wan Abd Ghani terpaksa mengisi kekosongan Akmal dan Razali tetapi kurang menyerlah.

Penyokong Kejor Yeop Kejor dahagakan kemenangan setelah skuad Seladang mempamerkan persembahan yang kurang mantap sejak akhir-akhir.

Sumber: www.peraknews.com 18 Mei 2011

0 comments:

Post a Comment