Monday, 9 May 2011

Liga Super Perak Merudum

Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ) ingin tahu sebab prestasi Perak merudum dalam pusingan kedua Liga Super.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun dan jurulatih, Norizan Bakar perlu melaporkan sebab prestasi Perak merudum kepada Jawatankuasa Pengurusan Pafa.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Jawatankuasa Pengurusan akan mendengar penjelasan Khairul Azwan dan Norizan pada hari hari ini.

Perak hanya mampu mencapai satu kemenangan menumpaskan Kuala Lumpur 5 – 3 dan seri 0 – 0 dengan Pahang daripada lima perlawanan pusingan kedua.

Skuad Seladang kalah dalam tiga perlawanan lain kepada Negeri Sembilan 1 – 3, Kedah 1 – 3 dan Terengganu 0 – 3.

Persembahan Perak dalam pusingan pertama begitu cemerlang yang mana mampu mencatat enam kemenangan.

Selain itu mencatat keputusan seri dalam lima perlawanan yang dilaluinya.

Anak buah Norizan itu hanya kalah dalam dua perlawanan iaitu kepada Selangor 0 -1 dan Sabah 1 – 2.

‘Kita agak terkejut dengan prestasi Perak yang kurang menyerlah pada pusingan kedua berbanding pusingan pertama,” kata Zainol Fadzi.

“ni menjadi tanda tanya kepada semua pihak termasuk para penyokong Perak,” tambah Presiden

Pada yang turut menyaksikan perlawanan antara Perak dengan Pahang, Jumaat lalu.

Beliau hairan dengan prestasi para pemain yang agak kaku apabila berdepan dengan pemain lawan sehingga gagal mengawal bola.

Presiden Pafa meminta para pemain Perak bingkas semula bagi mencari kemenangan dan seterusnya mengembalikan semula keyakinan para penyokong.

Beliau mengakui para penyokong Perak mula menyepi apabila Stadium Perak semakin lengang berbanding beberapa perlawanan pusingan pertama lalu.

Sumber: www.peraknews.com 9 Mei 2011

0 comments:

Post a Comment