PENDAHULU liga, Kelantan mahu memastikan mereka meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan pasukan Perak dalam saingan bola sepak Liga Super di Ipoh, malam ini.
Skuad Red Warriors kendalian Datuk M Karathu akan menampilkan barisan terkuat mereka bagi memastikan misi membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu terlaksana.
Bagaimanapun, Perak yang terkenal dengan gelaran Skor Yob Skor pasti mahu melihat Sang Kijang pulang dengan tangan kosong.
Tambahan pula, anak buah Norizan Bakar pasti mahu bangkit di laman sendiri selepas mengalami kekalahan mengejut 1-2 di tangan Sabah, di Stadium Likas minggu lalu.
Karathu mengakui perlawanan malam ini cukup penting dalam menjarakkan kedudukan pasukannya, apatah lagi mereka dibezakan hanya satu mata dengan Perak yang kini menghuni tangga kedua liga.
“Kedua-dua pasukan sudah pasti tidak mahu kehilangan mata dan saya fikir pasukan yang memanfaatkan setiap peluang dan meminimakan kesilapan berhak menang dalam perlawanan ini.
“Saya tidak memandang mudah pertemuan malam ini. Saya menjangkakan kita akan disajikan dengan satu perlawanan yang cukup sengit dan menghiburkan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian: 12 April 2011
0 comments:
Post a Comment