Sunday, 24 April 2011

Liga Super: Perak Perlu Kembali Garang Bersaing

Perak perlu bangkit supaya tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaingnya dalam memburu kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu tidak boleh membiarkan jurang perbezaan matanya dengan pasukan-pasukan lain terlalu luas sehingga menjejaskan hasrat Perak menduduki dalam kelompok tiga tangga teratas.

Sehubungan dengan itu, Perak tidak mempunyai sebarang pilihan selain memenangi perlawanan dengan Kuala Lumpur di Ipoh pada 26 April ini.

Kini, Perak berada di tangga kelima apabila gagal membawa pulang sebarang mata dari Kuala Teregganu setelah tumpas 0 – 3.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga Perak selepas beraksi dalam 14 perlawanan dengan mengumpul 23 mata.

Walau bagaimanpun, jurang perbezaan mata dengan Terengganu, Kelantan dan Kedah masih kecil tetapi tidak boleh dibiarkan.

Perak hanya satu mata dibelakang Kedah ( 23 mata ), empat mata di belakang Kelantan ( 27 mata ) dan lima di belakang Terengganu ( 28 mata.

Pendahulu liga, Selangor berada sembilan mata di depan Perak dengan jumlah kutipan 32 mata.

Dalam perlawanan di Kuala Terengganu, persembahan Perak ternyata hambar dan tidak menjadi.

Walaupun Perak cuba bangkit mengejar Terengganu tetapi gagal apabila pemain-pemain utama Seladang dikawal rapi.

Perak perlu mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol, Md Nasril Nourdin kerana bertindak cemerlang menepis beberapa cubaan berbahaya pihak lawan.

Oleh itu, para penyokong Kejor Yeop Kejor yang sentiasa setia dengan skuad Seladang mahukan Perak bangkit untuk terus mara ke hadapan.

Sumber: www.peraknews.com 24 April 2011

0 comments:

Post a Comment