Tuesday, 26 April 2011

Liga Super: Yeop, Jangan Hilang Fokus, Kutip Mata Penuh

“Jangan lepaskan sebarang mata kepada pihak lawan yang mana boleh menjejaskan kedudukan dalam Liga Super,”.

Sehubungan dengan itu, para penyokong Kejor Yeop Kejor mahu Perak mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ipoh pada hari Selasa ini.

Sebelum ini, Perak hanya mampu berkongsi dengan Kuala Lumpur apabila mencatat keputusan seri 1 – 1 pada 29 Januari lalu.

Presiden Kelab Peminat Bolasepak Perak ( KPBP ), Abdul Jamil Othman berharap skuad Seladang kembali garang seperti beberapa perlawanan lalu.

” Kami selaku penyokong skuad Seladang hairan apabila Perak gagal menyerlah dalam tiga perlawanan terakhir,” kata Abdul Jamil.

Katanya, bahagian tengah dan serangan Perak seolah-olah hilang fokus apabila dikawal ketat oleh pihak lawan.

“Mereka gagal melepasi kawalan pihak lawan sehingga kehilangan mata berharga,” tambahnya dengan menyatakan bahagian tengah dan serangan Perak gagal melepasi kawalan ketat skuad Penyu di Ipoh dana Kuala Terengganu.

Abdul Jamil berkata, para penyokong mula risau dengan kedudukan Perak yang semakin menurun sejak tiga perlawanan lalu.

Sebelum ini, Perak kalah kepada Selangor 0- 1 ( 16 April ), seri 1 – 1 dengan Terengganu ( 19 April ) dan kalah 0 – 3 kepada Terengganu ( 23 April ) menyebabkan kedudukannya jatuh ke tangga kelima liga dengan mengumpul 23 mata.

Namun begitu, Perak bernasib baik kerana jurang perbezaan mata dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu masih kecil dan mampu mengejarnya.

“Hasrat Perak menduduki salah satu daripada tiga tangga teratas liga akan berkecai jika Perak tidak kembali garang separtimasa lalu,” jelas
Presiden KPBP.

Kini Terengganu berada di tangga kedua dengan mengumpul 28 mata diikuti oleh Kelantan dengan mengutip 27 mata. Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.

Sumber: www.peraknews.com 26 April 2011

0 comments:

Post a Comment