Sunday, 15 May 2011

Liga Piala Presiden : Perak Berdepan Cabaran Sengit

Para pemain Perak digesa supaya bersedia bagi menghadapi perlawanan yang lebih mencabar dan sengit di penghujung saingan Liga Piala Presiden.

Penolong Pengurus Pasukan, Zainal Anuar Rashid berkata, walaupun masih berbaki tujuh perlawanan tetapi persaingan semakin sengit.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Perak berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 27 mata.

Sebelum ini, Perak mencatat kemenangan selesa menumpaskan Perlis 4 – 0 di Ipoh pada 12 Mei lalu.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim juga memperolehi mata penuh mengalahkan Kedah 1 – 0 di Alor Setar pada 5 Mei yang lalu.

Johor FC dan Sime Darby begitu rapat menghimpit Perak dengan mengumpul 26 mata yang mana kedua-dua pasukan berada di tangga keempat dan kelima.

Perlis yang berada di tangga keenam liga mengutip 24 mata juga memberi saingan sengit kepada Perak.

Sabah masih unggul mendahului sepuluh pasukan lain dalam kumpulan A dengan mengumpul 34 mata dan diikuti oleh Kelantan di tangga kedua dengan 31 mata.

“Hanya empat pasukan teratas yang layak ke suku akhir yang mana persaingan amat sengit,” jelas Zainal.

“Perak tidak boleh kehilangan mata dalam perlawanan akan datang sehingga menjejas kedudukan ke suku akhir,” tambahnya.

Perak akan berdepan Selangor dalam perlawanan ke-16 di Shah Alam pada 19 Mei ini.

“Walaupun Selangor berada di tangga kesembilan liga tetapi para pemain tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka,” kata Penolong Pengurus Pasukan tersebut.

Beliau berharap para pemain akan beraksi bersungguh-sungguh bagi membolehkan Perak membawa pulang tiga mata penuh kelak.

Sumber: www.peraknews.com 15 Mei 2011

Saturday, 14 May 2011

Liga Super: Perak Lawan Sabah Di Stadium TLDM

Perak akan berdepan dengan Sabah dalam persaingan Liga Super di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ), Lumut jam 4.45 petang pada 19 Mei ini.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, perlawanan tersebut sepatutnya dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh jam 8.45 malam pada 19 Mei ini terpaksa diubah ke Stadium TLDM atas sebab tertentu.

Perlawanan Liga Super itu terpaksa diubah ke gelanggang baru bagi memberi laluan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak ( JPNP ) untuk membuat persiapan terkahir bagi kejohanan olahraga.

JPNP diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) ke-53 mulai 20 hingga 24 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan merasmikan kejohanan tersebut pada 20 Mei depan.

Abdul Aziz berharap para penyokong Kejor Yeop Kejor dapat mengingati perubahan tempat dan masa perlawanan tersebut.

Namun begitu katanya, orang ramai dapat memberi tiket perlawanan lebih awal dengan mengunjungi kaunter utama Stadium Perak, Ipoh pada 17 Mei ini.

“Tiket-tiket akan dijual di kaunter utama itu mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang pada tarikh tersebut,”

Beliau berharap orang ramai dapat membeli tiket-tiket perlawanan itu lebih awal supaya memudahkan mereka menyaksikan perlawanan berkenaan.

Walau bagaimanapun tiket perlawanan tetap akan dijual di kaunter utama Stadium TLDM pada hari perlawanan tersebut.

Selain itu, Setiausaha meminta kepada orang ramai yang akan menyaksikan perlawanan tersebut supaya mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh pihak TLDM.

Beliau menyeru para penyokong Kejor Yeop Kejor dapat datang beramai-ramai bagi memberi sokongan padu kepada skuad Seladang kelak.

Sumber: www.peraknews.com 14 Mei 2011

Friday, 13 May 2011

Empat Pemain Liga Super Perak Dapat Perhatian Dua Jurulatih Kebangsaan

Empat pemain Perak mendapat perhatian dua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dan Ong Kim Swee bagi disenaraikan dalam skuad kebangsaan.

Rajagobal yang mengendalikan skuad kebangsaan memanggil pemain pertahanan, Mohd Hisyamudin dan penjaga gol, Mohd Nasril Mat Nourdin menjalani latihan persediaan kelayakan Piala Dunia 2014.

Malaysia diundi menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia akan menerima kunjungan negara tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun.

Selepas itu, Malaysia akan bertandang ke Taiwan untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai akan datang.

Sekiranya berjaya melepasi Taiwan, skuad bimbingan Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.

Sementara perlawanan timbal baliknya dijadual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin gembira dengan perhatian yang diberikan kepada pemain-pemain negeri ini.

Sebelum ini, para pemain Perak jarang diberi perhatian kerana prestasi skuad Seladang kurang memuaskan.

Kini, prestasi Perak semakin memberangsangkan menyebabkan jurulatih kebangsaan mula membuka mata.

“Saya berharap pemilihan keempat-empat pemain tersebut akan mencetuskan semangat pemain lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing,” jelas
Presiden Pafa itu.

Sementara itu, Mohd Syazwan Mohd Roslan dan Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri pula menjadi perhatian jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee.

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun sebelum menanti kunjungan lawan di ibu negara pada 23 Jun.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.

Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah
pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Sumber: www.peraknews.com 13 Mei 2011

Thursday, 12 May 2011

Liga Piala Presiden: Seladang Belasah Singa Utara 4-0

Pasukan Liga Piala Presiden Perak berkenduri gol menewaskan Perlis 4-0 di Stadium Perak petang tadi.

Ini adalah kemenangan ke-8 daripada 16 perlawanan dengan mengumpul 30 mata, kekal di tangga ke-3 Kumpulan A.

KED PASUKAN
P
M
S
K
J
B
+/-
MT
1
Sabah
15
11
1
3
33
13
20
34
2
Kelantan
14
9
4
1
25
10
15
31
3
Perak
16
8
6
2
24
10
14
30
4
Johor FC
15
7
5
3
21
10
11
26
5
Kuala Lumpur, Sime Darby
15
8
2
5
23
15
8
26
6
Perlis
16
7
3
6
24
22
2
24
7
Terengganu PBDKT T-Team
14
4
6
4
19
19
0
18
8
Kedah
15
4
3
8
16
20
-4
15
9
Selangor
15
3
4
8
18
31
-15
13
10
SSBP
14
2
1
11
8
32
-24
7
11
Pulau Pinang
17
2
1
14
8
37
-29
7

Wednesday, 11 May 2011

Mutu pengadilan kurang memuaskan

PRESIDEN Kelab Peminat Bola Sepak Perak, Abdul Jamil Othman ternyata kurang senang dengan mutu pengadilan yang dianggap kurang memuaskan pada pertembungan Harimau Muda A dan Perak di Shah Alam, kelmarin. 

Menurutnya, perlawanan yang diadili Anuar Che Husin serta dua pembantunya, Busrah Eri dan Jais Bujang boleh dipersoalkan kerana menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan. 

“Sebagai penyokong, saya kecewa dengan mutu pengadilan buruk sepanjang 90 minit perlawanan. 

“Keputusan mereka mencetuskan kontroversi kepada pemain kedua-dua pasukan dan peminat yang hadir ke stadium,” katanya. 

Menurut Jamil, perkara seumpama itu berulang ketika pertemuan membabitkan pasukan Seladang dalam perlawanan terdahulu. 

Katanya, skrip itu wujud dan tidak berubah sejak zaman bekas Pengurus Perak Datuk Jamal Nasir Rasdi. 

Sementara itu, Jamil turut memuji skuad Yob kendalian Norizan Bakar yang menunjukkan semangat juang tinggi sehingga tamat permainan.


Sumber: Sinar Harian 11 Mei 2011

Cikgu Jan lega Yob seri

PENGENDALI Seladang, Norizan Bakar menghela nafas lega selepas anak didiknya mencuri satu mata pada aksi bola sepak Liga Super bertemu Harimau Muda A, kelmarin. 

Menurutnya, pemain mula mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang dilalui sepanjang musim ini. 

“Anak buah saya berjuang sehingga ke wisel penamat dan hasilnya kami mendapat satu mata berharga untuk di bawa pulang ke Ipoh,” katanya. 

Ditanya mengenai pertemuan menentang Sabah pada 19 Mei depan, Norizan berkata, mereka tetap menggunakan pendekatan yang sama seperti perlawanan terdahulu. 

Katanya, walaupun Sabah muncul pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah Yob musim ini, itu sudah menjadi satu sejarah. 

“Saya enggan memikirkan benda yang berlalu dan biarlah ia menjadi sebahagian daripada sejarah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 11 Mei 2011

Tuesday, 10 May 2011

Perak terus lesu

PENYERANG Harimau Muda A. Wan Zack Haikal (depan) bijak meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Perak pada aksi Liga Super di Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1
PERAK terus gagal mencatat kemenangan untuk perlawanan keempat berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda A pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kali terakhir skuad Kejor Yob Kejor mencatat kemenangan adalah pada 26 April lalu ketika mereka menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Ipoh dan mereka turut seri 0-0 ketika bertemu Pahang, Jumaat lalu.

Turun tanpa dua penggempur berbisa, Akmal Rizal Rakhli dan Razali Umar Kandasamy, jentera serangan Perak yang diterajui Shafiq Jamal dan Shazuan Ashraf Mathews tampak tumpul sepanjang separuh masa pertama.

Gol pertama Harimau Muda A hadir pada masa kecederaan babak pertama menerusi rembatan cantik Gary Steven Robbat yang gagal diselamatkan penjaga gol Perak, Nasril Nourdin.

Namun Perak berjaya menyamakan kedudukan hanya seminit selepas babak kedua bersambung hasil sepakan kencang Wan Hossen Wan Ghani dari luar kotak penalti menewaskan Zamir Selamat.

Permainan seimbang kedua-dua pasukan selepas itu bagaimanapun direncatkan dengan mutu pengadilan buruk oleh Anuar Che Husin serta dua pembantunya, Busrah Eri dan Jais Bujang.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan untuk mereka sekadar berkongsi satu mata.

Pada perlawanan lain, Selangor menewaskan Kedah 2-0 di Alor Setar bagi membolehkan mereka menduduki tangga teratas liga buat seketika, kerana pendahulu, Kelantan tidak beraksi malam tadi.

Johor FC pula menang 2-1 ke atas Terengganu, manakala Kuala Lumpur garang membelasah Perlis 3-0.

T-Team yang mendapat semula khidmat jurulatih, Yunus Alif tampil garang untuk menewaskan Felda United 2-0, manakala Sabah menghampakan Pahang 2-0.

Sumber: KOSMO 10 Mei 2011