Monday, 11 April 2011

Pro & Kontra: Saingan Liga Super lebih menarik jika Perak menang esok

Oleh: Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin

BAGI saya perlawanan menarik Liga Super Sabtu lalu ialah antara Sabah dan Perak. 

Ini kerana Sabah bukan saja berjaya merobek rekod tanpa kalah Perak, tetapi menjadikan semua pasukan dalam saingan Liga Super sudah menempuh kekalahan.

Menarik juga perlawanan itu ialah ia boleh mengubah kedudukan tiga pasukan teratas membabitkan Selangor, Perak dan Kelantan. Jika Perak menewaskan Sabah dan Selangor juga kalah, tanpa menghiraukan perlawanan membabitkan Kelantan, Perak akan melonjak ke tangga teratas dengan 22 mata.

Keputusan perlawanan Sabtu lalu, bagaimanapun menyaksikan Kelantan merampas kembali kedudukan pendahulu dari Selangor. 

Perlawanan esok juga menarik kerana ia membabitkan Perak sekali lagi. Kali ini bekas pasukan yang pernah saya bimbing itu, menjadi tuan rumah kepada Kelantan. 

Perlawanan itu bukan saja membuka peluang kepada Perak untuk mengubah kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super jika mereka menang, tetapi juga kemunculan bekas jurulatih Perak, Datuk M Karathu yang kini bersama Kelantan. 

Jika Perak menang dan Selangor kalah, bermakna Perak akan muncul pendahulu baru liga. Jika ini terjadi, bermakna perebutan untuk juara Liga Super musim ini akan lebih sengit dan menarik. 

Sumber: Berita Harian 11 April 2011

0 comments:

Post a Comment