Perak perlu kekalkan momentum kebangkitannya agar impian berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super akan tercapai.
Skuad bimbingan Norizan Bakar itu mencatat kemenangan kedua berturut-turut menumpaskan Perlis 2 – 1 di Stadium Negeri, Kangar pada 25 Mei lalu
Perak bangkit setelah ketinggalan satu gol melalui jaringan pendahuluan oleh penyerang Perlis, Tengku Mohd Adam Tengku Rosli ( m-48 ).
Selepas itu, Perak bangkit dengan jaringan dua gol untuk pulang dengan tiga mata melalui Mohd Syazwan Ashraf ( m-64 ) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli ( m-84 ).
Sebelum bertandang ke Kangar, Perak turut memperolehi kemenangan dengan mengalahkan Felda United 1 – 0 di Cheras pada 22 Mei.
Kemenangan di Kangar meletakkan Perak di tangga keempat liga dengan mengumpul 35 mata daripada 22 perlawanan.
Kedudukan skuad Seladang itu diekori rapat oleh Kedah yang juga mengumpul 35 mata tetapi perbezaan gol yang memisahkan kedua-dua pasukan itu.
Oleh itu, Perak perlu kekalkan momentum kemenangannya dalam empat perlawanan terakhir liga supaya Kedah atau pasukan-pasukan lain gagal merampas kedudukan keempat tersebut.
Harimau Muda A yang berada di tangga keenam juga berpeluang merampas tempat keempat itu dengan jumlah mata yang diperolehinya sebanyak 33 mata.
Perak akan berdepan dengan beberapa pasukan yang ternama pada penghujung liga ini seperti T-Team ( 28 Mei ), Johor FC ( 6 Jun ), Kelantan ( 14 Jun ) dan Selangor ( 6 Julai ).
Oleh itu, para pemain tidak boleh beraksi sambil lewa dalam keempat-empat perlawanan tersebut yang mana akan menentukan kedudukan muktamad Perak kelak.
Sumber: www.peraknews.com 26 Mei 2011
0 comments:
Post a Comment