Perak perlu pertingkatkan ketajaman serangannya bagi menghadapi cabaran sengit dalam perlawanan Piala Malaysia pada bulan September akan datang.
Sehubungan dengan itu, Perak akan menguji lapan pemain negeri lain di Stadium Perak, Ipoh pada hari Isnin ini dalam usaha perkemaskan serangannya.
Presiden Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa tiga daripada lapan pemain yang terpilih itu akan diserapkan dalam skuad Seladang.
Lapan pemain yang dipanggil menjalani ujian itu merupakan pemain penyerang, attacking midfielder dan sayap yang mana amat diperlukan oleh Perak.
“ Perak tidak menghadapi masalah di bahagian pertahanan dan tengah kerana barisan pemain yang sedia ada ternyata berwibawa,” tambahnya.
Beliau memberitahu bahawa kelapan-lapan pemain berkenaan adalah dari pasukan yang gagal beraksi dalam persaingan Piala Malaysia akan datang.
“ Ketiga-tiga pemain yang terpilih itu akan dipinjam oleh Perak sehingga tamat persaingan Piala Malaysia,” jelas Zainol Fadzi.
Katanya, ujian berkenaan akan dikendalikan oleh jurulatih, Norizan Bakar dan beberapa pegawai Pafa yang lain.
Skuad bimbingan Norizan Bakar itu berdepan masalah ketumpulan serangan pada akhir Liga Super yang lalu setelah ketiadaan penyerang berwibawa.
Perak kehilangan dua penyerang utamanya apabila kontrak Razali Umar Kandasamy ditamatkan pada 1 Jun lalu kerana masalah disiplin.
Selepas itu, penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terpaksa berehat panjang apabila bahunya dibedah.
Sumber: www.peraknews.com 18 Julai 2011
0 comments:
Post a Comment