Perak berpuas hati dapat mencuri satu mata daripada Johor FC dalam persaingan Liga Piala Presiden di Johor Bharu petang semalam.
Penolong Pengurus Pasukan, Zainal Anuar Rashid lega apabila anak buahnya berjaya meraih satu mata daripada Johor FC.
“Bukan mudah untuk berkongsi mata dengan Johor FC kerana pasukan tersebut merupakan salah sebuah pasukan terkuat dalam liga ini,” jelas Zainal Anuar.
Katanya, para pemain perlu mendapat pujian dengan kejayaan membawa pulang satu mata tersebut.
Kini skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 24 mata selepas beraksi 14 perlawanan.
Johor FC pula berada di tangga ketiga liga dengan mengutip 25 mata setelah bermain 14 perlawanan seperti Perak.
Sabah masih mengungguli tangga pertama liga dengan mengumpul 28 mata.
Zainal Anuar berkata, Perak akan berdepan dengan cabaran sengit apabila berdepan dengan pendahulu liga di Ipoh pada 28 April ini.
Sehubungan dengan itu katanya, beberapa kelemahan yang masih terdapat pada skuad muda Perak itu akan perbaiki segera.
“Perak berazam mengutip sebarang mata dalam perlawanan tersebut,” jelasnya.

Sumber: www.peraknews.com 22 April 2011
0 comments:
Post a Comment